Kelas Aplikasi Powtoon Untuk Tujuan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
9 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniAplikasi Powtoon merupakan satu aplikasi yang menggunakan penghasilan video dengan imej dan bunyi untuk persembahan idea. Oleh itu, staf PI Batu Gajah telah dijemput oleh pihak Jabatan Kejuruteraan dan Mekanikal Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan untuk memberi tunjuk ajar kepada para pensyarah mereka bagaimana menghasilkan video Powtoon dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Hasil daripada program ini, peserta dapat menggunakan aplikasi terkini dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar. Hasil kerja yang menarik dapat dihasilkan kerana penyediaan templat yang sedia ada di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, penerapan amalan KDB turut diselitkan sepanjang proses pengajaran seperti tidak mendedahkan maklumat peribadi ke dalam video yang dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: